Wednesday, January 4, 2012

Tips bercukur yang betul

Tips bercukur yang betul

1) Sebelum bercukur pastikan wajah atau bahagian yang hendak dicukur dicuci dengan menggunakan air suam. Tujuannya supaya pori-pori kulit muka terbuka dan ini memudahkan cukuran.

2) Sapukan krim pencukur beberapa minit sebelum bercukur untuk melembutkan rerambut. Gunakan krim pencukur dan perapi (jangan sesakali mengunakan sabun mandi) kerana ia boleh mendatangkan komplikasi terhadap kulit muka.




3) Pastikan anda menggunakan pisau cukur dengan mata pisau yang tajam. Mungkin anda perlu menggunakan mata pisau yang baru sekiranya anda ingin mencukur bahagian yang lebih luas pastikan pisau cukur yang anda gunakan tidak dikongsi dengan orang lain.

4) Sebelum memulakan cukuran, pastikan anda memilih gaya yang bersesuaian dengan bentuk wajah. Lebih selamat jika anda mencukur semuanya nampak kemas dan tampan.

5) Ketika bercukur, pastikan arah cukuran anda betul mengikut arah rerambut , Ia bukan sahaja memudahkan, malah dapat meratakan cukuran anda dengan lebih kemas dan bersih.

6) Selepas bercukur, bersihkan bahagian yang telah dicukur dengan menggunakan air bersih untuk mengembalikan kesegaran wajah





Do and don’t
Jangan sesekali mencuci wajah dengan sabun kerana biasanya ia akan mengeringkan kulit wajah anda. Ditambah pula dengan proses cukuran, kulit anda menjadi semakin kering, menegang dan berasa tidak selesa. Untuk kesan yang baik pada kulitwajah, cuci wajah anda dan gunakan produk sesuai untuk bercukur.
Jangan mencuci wajah anda dengan air sejuk sebelum bercukur. Air sejuk akan menutup liang pori-pori, mebuatkan rerambut di wajah anda sukar dicukur. Seeloknya basuh wajah anda dengan air suam sebelum bercukur.
Gunakan gel atau balm selepas bercukur, namun elak menggunakan produk yang mengandungi alkohol selepas bercukur kerana ia akan membuatkan kulit anda mudah kering.
Gunakan penyental atau scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, tetapi jangan gunakan setiap hari melainkan ia memang untuk penggunaan harian.
Selain itu juga, gunakan pelembab after shave. Sapukan pelembab sebaik sahaja selepas bercukur atau mencuci. Seeloknya gunakan pelembab yang mengandungi bahan pelindung dari sinar matahari.
Manakala, set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air suam

Saranan

Untuk mengelakkan dan menyelesaikan masalah keradangan akibat bercukur, anda disarankan untuk menukar mata pisau cukur selepas 4-5 kali digunakan.

P/s: Sekiranya anda mengalami luka, jangan diteruskan pencukuran. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Hanya titiskan dan sapu sedikit minyak gamat atau ubat luka. Tidak perlu pergi ke hospital kerana biasanya yang berlaku hanyalah luka kecil. Heee.

Bagi lelaki yang ingin bercukur pada waktu pagi, biarkan kulit wajah rehat sekurang-kurangnya bagi 10 minit selepas bangun dari tidur, Kemudian, cuci wajah anda dengan pencuci wajah pilihan. Selain membantu menghilangkan sel kulit mati, proses membersihkan wajah bertindak membuka liang roma dan melembutkan kulit di sekitar misai dan janggut.

Selesai membersih wajah, aturan baik yang boleh dipraktikkan ialah melekapkan tuala panas di bahagian yang hendak dicukur. Seterusnya, gunakan berus khas yang disapu krim pencukur sebelum diratakan di bahagian yang hendak dicukur dengan cara berputar.

Selain menghasilkan buih yang lebih banyak, kelebihan rutin ini ialah ia menyumbang kepada proses bercukur yang lebih selesa dan nyaman. Sebelum bersedia untuk bercukur, pastikan mata pisau adalah tajam untuk kesan cukuran paling berkesan.

Seeloknya mata pisau tidak digunakan lebih daripada seminggu. Ini kerana ia tidak lagi mampu memberi cukuran licin. Pastikan kedudukan bercukur mengikut satu aliran saja. Jangan sesekali menekan atau menggores kulit secara kasar.

Lakukan secara perlahan-lahan sebelum membilas dengan air sejuk. Selesai bercukur dan membilas bersih, langkah seterusnya ialah menyapu penyegar dan pelembap yang dapat mengembalikan lembapan kulit kering kesan daripada cukuran.

Manakala, set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air hangat.

Selepas mengikuti tip ini, anda pastinya tidak lagi trauma setiap kali ingin mencukur bersih atau merapi misai dan janggut. Selamat mencuba!